Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah Al-Hujurat ayat 13)

Sunday, November 14, 2010

MAJLIS QURBAN 1431H

Majlis Qurban PAS Caw.Batu Masjid akan diadakan pada 11 Zulhijjah 1431 H bersamaan 2 hari raya haji diMarkaz PAS Tanah 1000,Kg.Batu Masjid. Semua jemputan pastikan telah menerima surat jemputan masing-masing. Disini saya sebagai setiausaha Majlis Qurban menjemput Tuan puan dari AJK PAS Kawasan Tapah untuk hadir sama kemajlis kami bermula jam 8.30 pagi(18.11.10). Sebanyak 4 ekor lembu akan disembelih(25 panggu Qurban dan 3 panggu akikah,
semua yang terlibat ajk qurban dan unit-unit khas dan orang-kampong yang terlibat secara langsung dan tidak langsubg diucapkan terima kasih. Terima kasih Khas kepada peserta Qurban/Aqiqah kerana sudi menyertai Majlis ditempat kami, Semua sumbangan tenaga dan kewangan diucapkan terima kasih tidak terhingga. Akhirkata jika ada ahli atau penyokong PAS yang tidak dijemput kerana teralpa,saya disini menjemput Tuan puan,cik untuk hadir keMajlis kami, semua urusan sedaya upaya akan dijalankan mengikut ibadat Qurban/Akikah yang sebaik mungkin yang dapat kami adakan.

WASSALAM.

Tuesday, June 15, 2010

pembinaan semula markas pas tanah seribu,kg.batu masjid

dimaklumkan,pembinaan semula Markaz sedang berjalan lancar dianggarkan 80 peratus siap. ajk pembinaan telah bersetuju supaya sedikit sumbangan lagi dikutip iaitu 1) Batu bata pasir.2) BRC halus. 3). Atap zinc.4) Pintu kayu. 5)Cat minyak(hijau muda). 6)Kayu inci. 7) Bahan pendaiwaian letrik.8)Cermin tingkap.9) Simin dan 10) JUbin lantai. Derma bolih di sampaikan kepada Ketua Cawangan dan Bendahari Cawangan tel no:019 5157622 dalam bentuk wang atau barang pada bila-bila masa. Semoga infak Tuan itu akan berpanjangan pahalanya hingga ke anak cucu, dan diucapkan terima kasih.
Sayugia dimaklumkan pembinaan semula Markaz ini adalah secara bergotong royong setiap hujung minggu di Ketuai olih Saudara Ismail Omar seorang tukang rumah yang terkenal di negeri Perak dan Pulau Pinang yang mana mutu kerja beliau amat memuaskan hati. Diharap semua ahli dan yang bersimpati sudi menyumbangkan tenaga sejam dua setiap minggu untuk menyiapkan projek ini secepat mungkin. Dimaklumkan bahawa Markaz sudah bolih digunakan semula mulai 19 september 2010 ini(projek bermula pada 27 Mac 2010 dijangka siap hujung tahun ini).Nota:DIMAKLUMKAN BAHAWA BATU ASAS PEMBINAAN SEMULA MARKAZ PAS TANAH SERIBU INI TELAH DILETAKKAN OLIH DATO HUSAM MUSA EXCO KANAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN JUGA AJK PAS PUSAT PADA 18 HB JULAI 2010 YANG LALU.
Wassalam.

Sunday, June 6, 2010

rombongan ke muktamar pas ke 56 diputik kelantan

salam. dimaklumkan rombongan anjuran pas cawangan batu masjid dan pas cawangan batu tiga akan bertolak jam 10.00malam dari tapah, harap dapat jumpa perwakilan pas kawasan tapah, dimuktamar nanti. diucapkan terima kasih diatas restu ydp pas kawasan tapah untuk menjayakan rombongan ini juga terimakasih kepada setiausaha pas kawsan tapah c.taib yang menghebahkan maklumat ini,rombongan bertujuan mendedahkan ahli kepada suasana muktamar tahunan pas,diharap akan menjadi aktiviti tahunan dan akan menjemput cawangan pas berhampiran untuk menyertai sama.menjadi kebanggaan kerana dapat menarik golongan muda pergi sama. dikelantan nanti rombongan akan disertai olih pemandu pelancong(arah) dari kelantan iatu saudara Atai (permautatin tetap diPengkalan cepa kelantan)yang sudi membantu pehak kita untuk kesana kemari,terima kasih atai.

Thursday, May 27, 2010

ROMBONGAN KE MUKTAMAR PAS 2010,PUTIK,KELANTAN PADA 11,12JUN 2010

ROMBONGAN KE KELANTAN SEMPENA MUKTAMAR PAS 2010 DIPUTIK KELANTAN,
PADA 11,12JUN 2010.

JADUAL PERJALANAN


MASA BERTOLAK DARI TAPAH: 10.00MALAM

HARGA TAMBANG : RM 50.00 SATU ORANG

SILA HUBUNGI : DZULBAHRAIN(019 5157622)
: OEE(017 5017038)
: JIMI(013 5010345)


ANJURAN PAS CAWANGAN KAMPONG BATU MASJID DAN PAS CAWANGAN
KAMPONG BATU TIGA ,TEMOH.

DENGAN RESTU YDP PAS KAWASAN TAPAH.

p.s makan sendiri ahh.

Saturday, February 20, 2010

SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W


Oleh:

Abdul Malik bin Muhammad bin Abdur Rahman Al-Qasim

Kunjungan Istimewa





Perjalanan menuju rumah Rasulullah untuk melihat selok-belok kehidupan dan tata krama pergaulan beliau merupakan perjalanan yang sangat diidamkan setiap orang. Terlebih lagi bila diniatkan untuk menggapai pahala di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sebuah perjalanan yang sarat ibrah dan pelajaran, penuh teladan dan panutan. Iaitu perjalanan melalui kitab-kitab dan riwayat-riwayat dari lisan para sahabat . Sebab, kita tidak dibolehkan melakukan perjalanan ke makam atau rumah beliau atau ke tempat-tempat lainnya selain ke tiga masjid, sebagaimana yang disebutkan Rasulullah dalam hadits:




"Janganlah mengadakan perjalanan (secara khusus) kecuali ke tiga masjid, Masjidil Haram, Masjidku ini (Masjid Nabawi), dan Masjidil Aqsha." (Muttafaq 'alaih)

Kita wajib mentaati perintah Rasulullah dengan tidak mengadakan perjalanan secara khusus kecuali ke tiga masjid tersebut. Bukankah Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengatakan:




"Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah." (Al-Hasyr: 7)

Kita tidak boleh melakukan kunjungan ke tempat-tempat bersejarah

peninggalan Rasulullah , Ibnu Wadhdhah rahimahullah berkata: "Umar radhiyallaahu anhu telah memerintahkan untuk menebang pohon tempat Rasulullah di bai'at, sebab orang-orang banyak mengunjungi pohon tersebut untuk shalat di sana. Umar radhiyallaahu anhu khawatir mereka terfitnah (tersesat jatuh ke dalam dosa syirik)." (Kisah tersebut dapat dilihat dalam Shahih Bukhari dan Muslim).




Ibnu Taimiyah rahimahullah memberikan komentar mengenai kunjungan ke gua Hira': "Sebelum diangkat menjadi rasul, beliau sering menyendiri untuk beribadah di sana. Dan di sanalah pertama sekali wahyu diturunkan kepada beliau. Akan tetapi setelah itu beliau tidak pernah sama sekali mengunjunginya bahkan tidak pernah mendekatinya. Demikian pula sahabat-sahabat beliau . Beliau menetap di kota Makkah selama lebih kurang sepuluh tahun, namun tidak pernah sekalipun beliau mengunjunginya lagi atau mendaki ke atasnya. Demikian pula kaum mu'minin yang menetap bersama beliau di kota Makkah. Setelah beliau berhijrah ke Madinah, beliau berkali-kali memasuki kota Makkah, seperti pada saat menunaikan Umrah Hudaibiyah, saat penaklukan kota Makkah, di mana beliau berdiam selama dua puluh hari di sana, pada saat menunaikan Umrah Ji'ranah, namun beliau tidak pernah mendatangi gua Hira' atau mengunjunginya….." (Lihat Majmu' Fatawa Ibnu Taimiyah XXVII / hal 251).

Sekarang kita akan mengunjungi Kota Al-Madinah An-Nabawiyyah, bangunannya mulai terlihat di hadapan kita. Itulah gunung Uhud, yang dikatakan Rasulullah :




"Gunung ini mencintai kami dan kami pun mencintainya" (Muttafaq 'alaih)

Sebelum memasuki kediaman Rasulullah , marilah kita lihat sejenak bentuk bangunannya. Janganlah terperanjat bila kita hanya menyaksikan sebuah bangunan kecil dengan tempat tidur yang sangat sederhana. Sebab Rasulullah adalah seorang yang sangat zuhud terhadap dunia. Beliau tidaklah menolehkan pandangan kepada kemewahan dan gemerlap harta benda dunia. Namun yang menjadi penyejuk mata hati beliau hanyalah ibadah shalat. (Sebagaimana yang disebutkan dalam HR. An-Nasaai)

Beliau berkomentar tentang dunia sebagai berikut:




"Apa ertinya dunia bagiku! Kehadiranku di dunia hanyalah bagaikan seorang pengelana yang tengah berjalan di panas terik matahari, lalu berteduh di bawah naungan pohon beberapa saat, kemudian segera meninggalkannya untuk kembali melanjutkan perjalanan." (HR. At-Tirmidzi)

Sekarang kita sedang berjalan menuju kediaman beliau seraya mengayunkan langkah di jalan-jalan kota Madinah. Itulah kamar-kamar isteri beliau mulai tampak. Kamar sederhana yang dibangun dari pelepah kurma dan polesan tanah, sebahagian lagi dengan batu yang ditata sedemikian rupa, sementara bahagian atasnya dipayungi dengan atap dari pelepah kurma.




Al-Hasan mengisahkan kepada kita: "Aku pernah masuk ke dalam rumah-rumah isteri Rasulullah pada masa khilafah Utsman bin 'Affan radhiallaahu anhu. Langit-langit rumah tersebut dapat aku jangkau dengan tanganku." (Lihat Ath-Thabaqat Al-Kubra karangan Ibnu Sa'ad I/hal 499 & 501, lihat juga kitab As-Sirah An-Nabawiyyah II/hal 274 karangan Ibnu Katsir)



Sungguh kediaman beliau adalah rumah yang sangat sederhana dengan beberapa kamar yang kecil. Akan tetapi penuh dengan cahaya keimanan dan ketaatan, sarat dengan wahyu dan risalah ilahi!


Sumber: Ayid-Manjadda wajada

Wednesday, February 3, 2010

Perlunya Tarbiyah

PERLUNYA TARBIYAH SIASI UNTUK AHLI PAS.

Tidak syak lagi dengan perkembangan terkini yang berlaku di dalam negara ini, termasuk isu ‘nama Allah’ yang sedang hangat diperdebatkan sekarang ini mengundang PAS supaya memulakan suatu langkah penting untuk pendukungnya dan juga, kiranya, untuk umat Islam umumnya.

Langkah penting yang amat segera diperlukan, ialah mengadakan tarbiyah siasai atau kursus politik ataupun wacana politik untuk ahlinya, di mana para naqib dan naqibah yang memiliki ilmu dalam bidang syiasah syariah dan real politic masa kini menyampaikan kursus dan perbincangan mengenai isu yang berbangkit.

Inisiatif wacana politik ini boleh saja di bawah Lajnah Politik atau Lajnah Tarbiyah ataupun oleh Lajnah Penerangan sendiri, ataupun kerjasama di antara lajnah tersebut.

Program ini, seperti juga dengan program usrah biasa, perlu diadakan sekerap mungkin dan diadakan secara meluas, disertaikan oleh pendukung PAS semua peringkat. Pelbagai peringkat kepimpinan yang merasajan, atau dirasakan, belum lagi memahami secara mendalam interaksi real politic tentu saja wajar menyertai wacana ini, bahkan boleh memberikan pandangan.

Para tokoh pemimpin PAS yang ternyata sudah banyak menulis, termasuk melalui blog sendiri dan telah menyampaikan pandangan di pelbagai seminar dalaman dan luaran selama ini seperti Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Dr. Dzulkifly Ahmad, Ir. Khalid Samad, Hanifah Maydin, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Ahmad Awang dan lain-lain.

Demikian juga dari kalangan ulama PAS sendiri memunyai ramai yang memiliki kepakaran dalam pelbagai bidang, bukan saja fikah, uuludin tetapi juga syiasah syariah. Mereka ini wajar diikutsertakan dalam wacana ini untuk memberikan pandangan justru pandangan mereka juga sangat penting. Sementara para tokoh yang lain seperti Dr. Muhamad Nur Manuty, Prof. Emiritus Othman Bakar, Dr. Asri Zainal Abidin dan lain-lain boleh diundang sama memberikan pandangan di mana para naqib dan naqibah menyampaikan muqaddimah dan memimpin wacana tersebut.

Apabila ahli PAS sudah benar-benar memahami pelbagai isu yang tercetus dalam masyarakat dan mampu mengupasnya secara matang maka sudah tentu pendukung PAS akan mampu berhujah dengan pihak lain secara ilmu dan rasional, di samping menyampaikan risalah dakwah yang dituntut secara wajib kepada pendukung parti. Ini berbentuk pengisian dalaman yang sangat penting.

Di dalam wacana yang dicadangkan itu, bolehlah dibincangkan pelbagai isu yang berbangkit, seperti isu nama Allah, toleransi beragama, isu bahaya perkauman sempit, sampai di mana manusia boleh melsaksanakan hak asasinya menurut Islam dan perihal demokrasi dengan segala implikasinya menurut pandangan Islam.

Ini sebenarnya adalah isu lama dan baru yang tidak habis-habis dibahaskan oleh pelbagai pihak dan kini isu tersebut masih berligar di dalam kehidupan masyarakat.

Kursus wacana politik semasa seperti ini bukan perkara baru di dalam PAS. Ia telah lama diadakan, terutama di Kelantan lama dulu. Pemimpin PAS seperti Almarhum Haji Yusuf Rawa Ustaz Amaludin Darus, Ustaz Khaidir Khatib, Ustaz Baharudin Latif, Dr. Sanusi Daeng Mariuk dan ramai lagi adalah para tokoh yang berterusan menyampaikan kursus seperti ini kepada pendukung PAS.

Saya merasa benar-benar terpanggil untuk mencadangkan program ini kepada PAS justru terdapat pelbagai kekeliruan di kalangan sesetengah umat Islam sendiri mengenai pelbagai isu yang timbul. Ini semua boleh dirongkaikan dalam wanaca yang akan diadakan.

Wacana ini bukan saja perlu diadakan di peringkat kawasan, negeri bahkan di peringkat pusat. Malah ketiga-tiga dewan yang ada di dalam PAS itu sendiri wajar menyusun program tersebut. PAS sendiri sebagai gerakan Islam dan parti politik yang mengguna-pakai sistem demokrasi dan sedang berinteraksi pula dengan real politic secara aktif, sudah sewajarnya mempastikan bahawa pendukungnya memiliki ilmu dan kebijaksanaan tahap tinggi untuk melaksanakan perjuangannya. Ilmu dan kebijaksanaan, kata ideolog Iran terkenal, Dr. Ali Syariati, adalah ‘dua elemen berbeza di dalam satu tubuh’. Apalah ertinya ilmu, katanya, tanpa kebijaksanaan, sementara kebijakanaan tanpa ilmu tidak membawa seseorang ke mana-mana.

Tidak syak lagi pendukung PAS sekarang ini berada dalam suasana baru yang sangat mencabar ketika PAS hadir di tengah-tengah simpang siur politik sekular dengan sistem komunikasi tercanggih yang meruntuhkan semua tembok pemisah, dengan dunia siber yang menghantar kita ke gerbang langit terbuka dengan membekalkan segala informasi.

Justeru pendukung PAS bukan saja mesti dilengkapkan dengan kejelasan matlamat perjuangan, keikhlasan, istiqamah seperti apa yang telah dibekalkan di dalam usrahnya selama ini, tetapi juga mestilah dilengkapkan dengan ilmu politik terkini, pemahaman mendalam dan kebijaksanaan serta menguasai keadaan supaya mampu mendepani cabaran yang ada.

Sementara menunggu program tarbiyah siasi ini diadakan, wajar kiranya PAS mengubahsuai lebih dulu atau menambah satu slot baru di dalam program tarbiyah yang ada sekarang, iaitu penerangan mendalam mengenai isu politik semasa supaya para ahli dapat benar-benar menghadamkannya dan kemudian mampu berwacana dengan masyarakat luar PAS, termasuk yang bukan Islam.

Dengan perkembangan pelbagai isu terkini sekarang, nyatalah di kalangan bukan Islam, malah di kalangan umat Islam sendiri, memerlukan pemahaman jelas, umpamanya mengenai isu, umpamanya, nama Allah, isu hak asasi di dalam Islam, isu demokrasi dan Islam, keadilan yang dipancarkan di dalam tasawuur Islam dan lain-lain.

Justru pendukung PAS semua peringkat wajar dibekalkan dengan ilmu dan pemahaman mendalam dari perspektif Islam mengenai isu ini supaya mereka dapat menjelaskannya di lapangan. Inilah tuntutan mendesak perlunya diadakan kursus politik atau tarbiyah siasi diadakan segera.

oleh: Abdul Syukur Harun

Muslimat Pas TAPAH

Saturday, January 30, 2010

mengadakan majlis sambutan jublee perak,PAS Cawangan Kg.Batu Masjid

Satu AJK telah dibentuk untuk melaksanakan tugas tersebut,

1.Pengerusi Tuan Haji Nasri b,Hj.Hassan
2.Setiausaha Kamaruddin bin Omar
3.Bendahari Dzulbahrain bin Jalun
4.AJK Jayadi b.Adimin
5.AJK Roslina bt.Daut
6.AJK Mahdalina bt.Hj.Mohd Salleh.
7.AJK Norhasnah bt.Li
8AJK Rosli b.Ahmad
9.AJK Hamiza bt.Mat Razaly.

Thursday, January 21, 2010

Bubar DUN: 10 ribu Pemuda PAS Perak bersedia


IPOH, 21 Jan: Satu Himpunan 10 ribu Pemuda PAS Perak (HEMPAP) akan diadakan pada 31 Januari ini sebagai persiapan dewan itu menggerakkan jentera mereka berdepan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak pada bila-bila masa.

Pemangku Ketua Pemuda Pas Perak, Nur Amin berkata selain bagi menyatakan kesediaan dewan itu berdepan Pilihan Raya Negeri, ianya juga sebagai bukti jentera pemuda Pas negeri itu bersedia berdepan Umno Barisan Nasional.

"Program julung kali ini diadakan bagi menyatakan kesediaan Pemuda PAS Perak terhadap Pembubaran Dun Perak pada bila-bila masa.

"Kita yakin dengan program tersebut, pemuda PAS bersedia berdepan Umno BN dalam pilihanraya ini," katanya di pejabat Pemuda PAS negeri hari ini.

Program sehari tersebut akan berlangsung di Darul Taklim Kubu Gajah, di Selama, Larut dan akan dirasmikan Pesuruhjaya PAS negeri Ustaz Abu Bakar Hussin.

Turut akan dilancarkan pada program tersebut adalah baju khas jentera pilihanraya Perak oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan.

Antara pimpinan yang akan memberi ucapan pula termasuk Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan dua Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Antara menarik pada program berkenaan termasuk persembahan nasyid, pertunjukan pentas, gerai pameran dan jualan serta program derma darah.

"Ayuh pemuda bersama kami gerakkan kawan, sahabat dan rakan anda untuk hadir demi menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS cintakan demokrasi.

"Kita minta hadir bersama dengan memakai baju berwarna hijau sebagai simbolik kepada PAS yang kita dokongi ini," katanya.

Harakahadaily

Wednesday, January 20, 2010

FITNAH DAN SUARA WANITA





“Tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi laki-laki daripada (fitnah) perempuan.”

Apa yang dimaksudkan dengan hadis diatas?Hadis-hadis tersebut kadang-kadang dibawakan oleh para penceramah dan khatib, sehingga dijadikan alat oleh suatu kaum untuk memburuk burukkan kaum wanita dan islam.

Mungkin yang layak menjawab persoalan macam ni adalah ustaz.Apa kata kita baca ulasan ini dari ustaz yang bertauliah.

JAWAPAN:

Sebenarnya tidak ada satu pun agama langit atau agama bumi, kecuali Islam, yang memuliakan wanita, memberikan haknya, dan menyayanginya. Islam memuliakan wanita, memberikan haknya, dan memeliharanya sebagai manusia. Islam memuliakan wanita, memberikan haknya, dan memeliharanya sebagai anak perempuan.

Islam memuliakan wanita, memberikan haknya, dan memeliharanya sebagai isteri. Islam memuliakan wanita, memberikan haknya, dan memeliharanya sebagai ibu. Dan Islam memuliakan wanita, memberikan haknya, dan memelihara serta melindunginya sebagai anggota masyarakat.

Islam memuliakan wanita sebagai manusia yang diberi tugas (taklif) dan tanggungjawab yang utuh seperti halnya laki-laki, yang kelak akan mendapatkan pahala atau siksa sebagai balasannya. Tugas yang mula-mula diberikan Allah kepada manusia bukan khusus untuk laki-laki, tetapi juga untuk perempuan, yakni Adam dan isterinya (lihat kembali surah al-Baqarah [002], ayat 35 - Dan Kami berfirman: "Hai Adam diamilah oleh kamu dan istrimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.)"



Perlu diketahui bahawa tidak ada satu pun nas Islam, baik Al-Quran mahupun As-Sunnah sahihah, yang mengatakan bahawa wanita (Hawa) yang menjadi penyebab diusirnya laki-laki (Adam) dari syurga dan menjadi penyebab penderitaan anak cucunya kelak, sebagaimana disebutkan dalam Kitab Perjanjian Lama.

Bahkan Al-Quran menegaskan bahawa Adamlah orang pertama yang dimintai pertanggungjawaban (lihat kembali surah Thaahaa [020], ayat 115~122, "Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat. ......... Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) surga, dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia. Kemudian Tuhannya memilihnya maka Dia menerima tobatnya dan memberinya petunjuk.)"

Namun, sangat disayangkan masih banyak umat Islam yang merendahkan kaum wanita dengan cara mengurangi hak-haknya serta mengharamkannya dari apa-apa yang telah ditetapkan syarak. Padahal, syariat Islam sendiri telah menempatkan wanita pada proporsi yang sangat jelas, yakni sebagai manusia, sebagai perempuan, sebagai anak perempuan, sebagai isteri, atau sebagai ibu.

Yang lebih memprihatinkan, sikap merendahkan wanita tersebut sering disampaikan dengan mengatas namakan agama (Islam), padahal Islam bebas dari semua itu. Orang-orang yang bersikap demikian kerap menisbatkan pendapatnya dengan hadis Nabi SAW yang berbunyi, “Bermusyawarahlah dengan kaum wanita kemudian langgarlah (selisihlah) .”

Hadis ini sebenarnya palsu (maudhu'). Tidak ada nilainya sama sekali serta tidak ada bobotnya ditinjau dari segi ilmu (hadis). Yang benar, Nabi SAW pernah bermusyawarah dengan isterinya, Ummu Salamah, dalam satu urusan penting mengenai umat. Lalu Ummu Salamah mengemukakan pemikirannya, dan Rasulullah pun menerimanya dengan rela serta sedar, dan ternyata dalam pemikiran Ummu Salamah terdapat kebaikan dan berkah.

Mereka, yang merendahkan wanita itu, juga sering menisbatkan kepada perkataan Ali bin Abi Thalib bahawa "Wanita itu jelek segala-galanya, dan segala kejelekan itu berpangkal dari wanita." Perkataan ini tidak dapat diterima sama sekali; ia bukan dari logika Islam, dan bukan dari nas.

Bagaimana bisa terjadi diskriminasi seperti itu, sedangkan Al-Quran selalu menyejajarkan muslim dengan muslimah, wanita beriman dengan laki-laki beriman, wanita yang taat dengan laki-laki yang taat, dan seterusnya, sebagaimana disinyalir dalam Kitab Allah.

Mereka juga mengatakan bahawa suara wanita itu aurat, kerananya tidak boleh wanita berkata-kata kepada laki-laki selain suami atau mahramnya. Sebab, suara dengan tabiatnya yang merdu dapat menimbulkan fitnah dan membangkitkan syahwat. Ketika kami tanyakan dalil yang dapat dijadikan acuan dan sandaran, mereka tidak dapat menunjukkannya.

Apakah mereka tidak tahu bahawa Al-Quran memperbolehkan laki-laki bertanya kepada isteri-isteri Nabi SAW dari balik tabir? Bukankah isteri-isteri Nabi itu mendapatkan tugas dan tanggungjawab yang lebih berat daripada isteri-isteri yang lain, sehingga ada beberapa perkara yang diharamkan kepada mereka yang tidak diharamkan kepada selain mereka? Namun demikian, Allah berfirman, “Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir ...” (Surah al-Ahzab [033], ayat 53)

Permintaan atau pertanyaan (dari para sahabat) itu sudah tentu memerlukan jawapan dari Ummahatul Mukminin (ibunya kaum mukmin: isteri-isteri Nabi). Mereka biasa memberi fatwa kepada orang yang meminta fatwa kepada mereka, dan meriwayatkan hadis-hadis bagi orang yang ingin mengambil hadis mereka.

Pernah ada seorang wanita bertanya kepada Nabi SAW di hadapan kaum laki-laki. Ia tidak merasa keberatan melakukan hal itu, dan Nabi pun tidak melarangnya.

Dan pernah ada seorang wanita yang menyangkal pendapat Umar ketika Umar sedang berpidato di atas mimbar. Atas sanggahan itu, Umar tidak mengingkarinya, bahkan ia mengakui kebenaran wanita tersebut dan mengakui kesalahannya sendiri seraya berkata, “Semua orang (bisa) lebih mengerti daripada Umar.”

Kita juga mengetahui seorang wanita muda, puteri seorang syeikh yang sudah tua (Nabi Syu'aib; ed.) yang berkata kepada Musa, sebagai dikisahkan dalam Al-Quran, “...Sesungguhnya bapakku memanggil kamu agar ia memberi balasan terhadap (kebaikan)-mu memberi minum (ternak) kami ...” (Surah al-Qashash [028], ayat 25)

Sebelum itu, wanita tersebut dan saudara perempuannya juga berkata kepada Musa ketika Musa bertanya kepada mereka:

“... Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)? Kedua wanita itu menjawab, 'Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum penggembala- penggembala itu memulangkan (ternaknya), sedangkan bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut usianya.” (Surah al-Qashash [028], ayat 23)

Selanjutnya, Al-Quran juga menceritakan kepada kita percakapan yang terjadi antara Nabi Sulaiman a.s. dengan Ratu Saba, serta percakapan sang Ratu dengan kaumnya yang laki-laki.

Begitu pula peraturan (syariat) bagi nabi-nabi sebelum kita menjadi peraturan kita selama peraturan kita tidak menghapuskannya, sebagaimana pendapat yang terpilih.

Yang dilarang bagi wanita ialah melunakkan pembicaraan untuk menarik laki-laki, yang oleh Al-Quran diistilahkan dengan al-khudhu bil-qaul (tunduk /lunak/memikat dalam berbicara), sebagaimana disebutkan dalam firman Allah, “Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (Surah al-Ahzab [033], ayat 32)

Allah melarang khudhu, yakni cara bicara yang bisa membangkitkan nafsu orang-orang yang hatinya ‘berpenyakit’. Namun, dengan ini bukan bererti Allah melarang semua pembicaraan wanita dengan setiap laki-laki. Perhatikan hujung ayat dari surah di atas, “…dan ucapkanlah perkataan yang baik.”

Orang-orang yang merendahkan wanita itu sering memahami hadis dengan salah. Hadis-hadis yang mereka sampaikan antara lain yang diriwayatkan Imam Bukhari bahawa Nabi SAW bersabda, “Tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi laki-laki daripada (fitnah) wanita.”

Mereka telah salah faham. Kata fitnah dalam hadis di atas mereka ertikan dengan “wanita itu jelek dan merupakan azab, ancaman, atau musibah yang ditimpakan manusia seperti ditimpa kemiskinan, penyakit, kelaparan, dan ketakutan.” Mereka melupakan suatu masalah yang penting, iaitu bahawa manusia difitnah (diuji) dengan kenikmatan lebih banyak daripada diuji dengan musibah.

Allah berfirman, “... Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya) ....” (Surah al-Anbiyaa [021], ayat 35)

Al-Quran juga menyebutkan harta dan anak-anak - yang merupakan kenikmatan hidup dunia dan perhiasannya - sebagai fitnah yang harus diwaspadai, sebagaimana firman Allah, “Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu)...” (Surah at-Taghaabun [064], ayat 15)

“Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan ...” (Surah al-Anfaal [008], ayat 28)

Fitnah harta dan anak-anak itu ialah kadang-kadang harta atau anak-anak melalaikan manusia dari kewajiban kepada Tuhannya dan melupakan akhirat. Dalam hal ini Allah berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang membuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Munaafiquun [064], ayat 9)

Sebagaimana dikhawatirkan manusia akan terfitnah oleh harta dan anak-anak, mereka pun dikhawatirkan terfitnah oleh wanita, terfitnah oleh isteri-isteri mereka yang menghambat dan menghalangi mereka dari perjuangan, dan menyibukkan mereka dengan kepentingan- kepentingan khusus (peribadi/keluarga) dan melalaikan mereka dari kepentingan- kepentingan umum.
Mengenai hal ini Al-Quran memperingatkan, “Hai orang-orang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka; dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ...” (Surah at-Taghaabuun [064], ayat 14)

Wanita-wanita itu menjadi fitnah apabila mereka menjadi alat untuk membangkitkan nafsu dan syahwat serta menyalakan api keinginan dalam hati kaum laki-laki. Ini merupakan bahaya sangat besar yang dikhawatirkan dapat menghancurkan akhlak, mengotori harga diri, dan menjadikan keluarga berantakan serta masyarakat rosak.

Peringatan untuk berhati-hati terhadap wanita di sini seperti peringatan untuk berhati-hati terhadap kenikmatan harta, kemakmuran, dan kesenangan hidup, sebagaimana disebutkan dalam hadis sahih, “Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku takutkan atas kamu, tetapi yang aku takutkan ialah dilimpahkan (kekayaan) dunia untuk kamu sebagaimana dilimpahkan untuk orang-orang sebelum kamu, lantas kamu memperebutkannya sebagaimana mereka dahulu berlumba-lumba memperebutkannya, lantas kamu binasa kerananya sebagaimana mereka dahulu binasa kerananya.” (Muttafaq alaih dari hadis Amr bin Auf al-Anshari)

Dari hadis ini tidak bererti bahawa Rasulullah SAW hendak menyebarkan kemiskinan, tetapi baginda justeru memohon perlindungan kepada Allah dari kemiskinan itu, dan mendampingkan kemiskinan dengan kekafiran. Juga tidak bererti bahawa baginda tidak menyukai umatnya mendapatkan kelimpahan dan kemakmuran harta, kerana baginda sendiri pernah bersabda, “Bagus nian harta yang baik bagi orang yang baik.” (Hadis riwayat Ahmad 4:197 dan 202, dan Hakim dalam al-Mustadrak 2:2, dan Hakim mengesahkannya menurut syarat Muslim, dan komentar Hakim ini disetujui oleh adz-Dzahabi)

Dengan hadis di atas, Rasulullah SAW hanya menyalakan lampu merah bagi peribadi dan masyarakat muslim di jalan (kehidupan) yang licin dan berbahaya agar kaki mereka tidak terpeleset dan terjatuh ke dalam jurang tanpa mereka sedari.

Sumber: Dewan Muslimat PAS Tapah

Tuesday, January 19, 2010

MESYUARAT AGONG PAS CAWANGAN,BATU MASJID KALI KE25

NOTIS PEMBERITAHUAN, BAHAWA MESYUARAT AGONG TAHUNAN PAS CAWANGAN KAMPONG BATU MASJID KALI KE25 AKAN DIADAKAN PADA 30 JANUARI 2010 BERTEMPAT DI MARKAZ PAS TANAH SERIBU,BATU MASJID SELEPAS SOLAT ISYAK BERJEMAAH.

SEMUA AHLI AKAN DIMAKLUMKAN SECARA BERSURAT
USUL HANYA SECARA BERTULIS MESTI SAMPAI KEJAWATAN KUASA PENGELOLA SEBELUM ATAU PADA 28 JANUARI 2010 JAM 12.00TGH.
MEJA SPR AKAN DIBUKA UNTUK MEREKA YANG BELUM MENDAFTAR KE SPR.
JAMUAN MAKAN JUGA DISEDIAKAN.
SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH TIDAK TERKIRA KEPADA SEMUA BANTUAN WANG,TENAGA,HARTA BENDA,
PINJAMAN,BANTUAN MORAL,BUAH FIKIRAN DAN LAIN-LAIN LAGI UNTUK MENGERAKKAN CAWANGAN INI, HANYA TUHAN SAJALAH MEMBELAS BUDI TUAN-TUAN ITU.SESUNGUHNYA KEJAYAAN ITU IALAH KESUNGGUHHAN KITA BERJUANG.
SAYA JUGA BAGI PEHAK AJK CAWANGAN MEMOHON MAAF DIATAS APA-APA JUGA KESILAPAN,KEKURANGAN
KETIDAKSENANGAN HATI ATAU APA-APA JUGA KETERLANJURAN KATA,BICARA,PERBUATAN,RENONGAN,CICETAN ATAU APA-APA JUGA KEMASRULAN.

JAZAKHALLAH KHAIRAN KHATIRA,

MARILAH KITA BERSOLAT BERJEMAAH.

DARI KETUA CAWANGAN PAS CAWANGAN BATU MASJID
(DZULBAHRAIN BIN JALUN)
Photobucket