Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah Al-Hujurat ayat 13)

Tuesday, June 15, 2010

pembinaan semula markas pas tanah seribu,kg.batu masjid

dimaklumkan,pembinaan semula Markaz sedang berjalan lancar dianggarkan 80 peratus siap. ajk pembinaan telah bersetuju supaya sedikit sumbangan lagi dikutip iaitu 1) Batu bata pasir.2) BRC halus. 3). Atap zinc.4) Pintu kayu. 5)Cat minyak(hijau muda). 6)Kayu inci. 7) Bahan pendaiwaian letrik.8)Cermin tingkap.9) Simin dan 10) JUbin lantai. Derma bolih di sampaikan kepada Ketua Cawangan dan Bendahari Cawangan tel no:019 5157622 dalam bentuk wang atau barang pada bila-bila masa. Semoga infak Tuan itu akan berpanjangan pahalanya hingga ke anak cucu, dan diucapkan terima kasih.
Sayugia dimaklumkan pembinaan semula Markaz ini adalah secara bergotong royong setiap hujung minggu di Ketuai olih Saudara Ismail Omar seorang tukang rumah yang terkenal di negeri Perak dan Pulau Pinang yang mana mutu kerja beliau amat memuaskan hati. Diharap semua ahli dan yang bersimpati sudi menyumbangkan tenaga sejam dua setiap minggu untuk menyiapkan projek ini secepat mungkin. Dimaklumkan bahawa Markaz sudah bolih digunakan semula mulai 19 september 2010 ini(projek bermula pada 27 Mac 2010 dijangka siap hujung tahun ini).Nota:DIMAKLUMKAN BAHAWA BATU ASAS PEMBINAAN SEMULA MARKAZ PAS TANAH SERIBU INI TELAH DILETAKKAN OLIH DATO HUSAM MUSA EXCO KANAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN JUGA AJK PAS PUSAT PADA 18 HB JULAI 2010 YANG LALU.
Wassalam.

No comments:

Photobucket